Mahathir beri amaran pada menteri jangan ‘sentuh’ MARA

PETALING JAYA: Kerajaan memandang serius beberapa perkara berkaitan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menjadi isu sejak kebelakangan ini dan mahu pemimpin kerajaan bersikap sensitif tentangnya.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui isu berkaitan Mara adalah sensitif dan perlu diberi perhatian oleh PPBM dan juga Pakatan Harapan (PH).

“Banyak pandangan yang disuarakan berkenaan Mara sebelum ini. Saya akan bawa perkara ini kepada jemaah menteri supaya mereka faham betapa pentingnya bersikap sensitif terhadap pandangan orang ramai.

“Kalau nak dapat sokongan kena sensitif terhadap pendapat mereka,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM malam tadi.

Terdahulu, PH dikatakan mencadangkan peranan dan agensi di bawah Mara dipecahkan kepada beberapa kementerian, sekali gus menjejaskan peranannya dalam membantu golongan Bumiputera.

Dr Mahathir juga berkata buat masa ini kerajaan mendapati langkah menaikkan gaji penjawat awam tidak sesuai.

Beliau berkata jumlah kakitangan awam kini terlalu ramai sehingga mencecah angka 1.6 juta orang menyebabkan kemampuan kerajaan menambah gaji mereka terbatas, lebih-lebih lagi dengan keadaan kewangannya yang terhad sekarang.

Dalam sidang media sama, Dr Mahathir turut menyentuh perkara berikut:

Mesyuarat Agung PPBM terpaksa ditunda ke hujung tahun dan parti itu akan mengadakan mesyuarat di peringkat
cawangan, tetapi tarikhnya akan diumumkan kemudian.
Ahli PPBM di Sarawak kini seramai 30,000 orang dan akan dibuka kepada lebih ramai rakyat negeri itu.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjalani rawatan kemoterapi yang akan mengambil masa yang lama. Beliau sebelum ini dimasukkan ke hospital di Singapura unuk membuang ketumbuhan di pankreasnya bulan lepas.

sebelum ini Zahid mendakwa kerajaan PH akan mansuhkan MARA ikuti artikel penuh dibawah

Zahid: Kita boleh hidu rancangan HARAPAN mansuhkan MARA

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya dapat “menghidu” rancangan kerajaan untuk memansuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dalam kenyataan media hari ini, Zahid mendakwa perkara itu akan terjadi sekiranya kerajaan melaksanakan konsep “pengasingan dan penyerapan” ke atas MARA.

Ketua pembangkang itu merujuk kepada laporan kemungkinan MARA dipecahkan dan fungsinya diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Justeru, Zahid menegaskan Umno akan menentang usaha seumpama itu.

“Umno dapat menghidu jika formula ini dilaksanakan, ia sebenarnya jalan menuju kepada fasa penutupan dan pemansuhan MARA yang selama ini telah banyak berjasa dalam pembangunan Melayu dan bumiputera di seluruh negara

“Umno percaya usaha memecah-kecilkan MARA dan diletakkan dalam pelbagai kementerian akan menyukarkan MARA mencapai matlamatnya membantu Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Zahid juga menegaskan MARA tidak seharusnya menjadi mangsa “politik balas dendam,” kerana ia sudah menabur bakti terhadap masyarakat Bumiputera selama 52 tahun.

Zahid menggesa agar kerajaan fungsi MARA dikekalkan dan diletak di bawah satu kementerian.

Laporan New Straits Times semalam memetik bekas pengerusi MARA tan Sri Annuar Musa yang mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa MARA dilapor akan dirombak dan dipecahkan kepada beberapa kementerian.

Senarai yang dilihat Malaysiakini, mengandungi cadangan rombakan pelbagai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Senarai itu juga menunjukkan fungsi MARA dibahagikan kepada beberapa kementerian.

Sumber : FMT

Senarai itu, yang belum dimuktamadkan, juga menunjukkan beberapa GLC penting seperti Khazanah Nasional, Petronas dan Permodalan Nasional Berhad dijangka dipindahkan daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *