Bukan RM18 bilion tapi RM19.4 bilion yang dirompak! – KP Kastam bongkar rahsia sebenar

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini mengesahkan tabung amanah bagi keperluan pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) kekurangan RM19.4 bilion setakat 31 Mei 2018.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T Subromaniam berkata bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Mei 2018, pihaknya membuat tuntutan berjumlah RM82.9 bilion bagi keperluan pembayaran balik GST, bagaimanapun jumlah penuh tidak dipindahkan ke dalam tabung amanah.

Jumlah itu berdasarkan Borang GST-03 iaitu untuk menuntut bayaran balik GST yang difailkan ke dalam Sistem GST JKDM oleh pembayar cukai, dilaporkan oleh JKDM pada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan yang dipengerusikan ketua setiausaha perbendaharaan, katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun katanya, daripada RM82.9 bilion yang dilaporkan, hanya RM63.5 bilion dibayar balik melalui tabung amanah sepanjang tempoh itu.

“Oleh itu, pada 31 Mei 2018, tabung amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion,” katanya.

Tabung amanah adalah satu kumpulan aang yang diwujudkan bagi tujuan pembayaran balik GST di bawah Seksyen 54 Akta GST 2014.

Semua bayaran GST dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang Disatukan yang kemudiannya dipindahkan kepada tabung amanah untuk membolehkan pembayaran balik GST dilakukan.

DALAM ARTIKEL SEBELUM INI BEKAS KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN MEMBUAT LAPORAN DI SPRM

PUTRAJAYA: Bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion dalam dana amanah pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Chevrolet hitam yang dipandu Irwan memasuki kawasan SPRM kira-kira 9.30 pagi tadi, sebelum keluar semula 2 jam kemudian.

Ditanya wartawan mengenai laporan itu, Irwan berkata, ia bertujuan mendapatkan kebenaran kerana dakwaan kehilangan RM18 bilion itu tidak berasas.

“Petang ni saya akan buat laporan polis. SPRM beri jaminan akan siasat. Benda (duit) itu tidak hilang tetapi masuk dalam consolidated fund,” katanya.

Ditanya sama ada beliau memberikan sebarang dokumen kepada SPRM, Irwan berkata, semua dokumen berkaitan ada dengan Kementerian Kewangan.

Rabu lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan kekurangan RM18 bilion dalam dana amanah pembayaran balik GST.

Irwan kemudian menafikan dakwaan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *