BILA PEGUAM NEGARA TOMMY THOMAS BERCAKAP MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU. INI JADINYA

Baru baru ini kecoh apabila dalam 1 sidang media Peguam Negara Tommy Thomas menyampaikan dalam Bahasa English dan bukan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Beliau dikecam hebat kerana tidak mampu bertutur dalam bahasa melayu dan ini kerana dia adalah Peguam Negara dan seharusnya Peguam Negara harus bertutur dalam Bahasa Kebangsaan untuk segala urusan rasmi.

Baru baru ini 1 rakaman menunjukkan Peguam Negara, Tommy Thomas menyampaikan ucapan dengan menggunakan bahasa melayu. Ucapan beliau dalam bahasa kebangsaan itu mendapat tepukan penonton di tempat tersebut.

Sebelum ini beliau pernah menyatakan akan perbaiki Bahasa Melayu beliau.

“Saya perlu memperbaik semula keupayaan Bahasa Melayu. Cuma selama 42 tahun berkhidmat dalam khidmat guaman persendirian, kebanyakan anak guam dan dokumen yang perlu saya teliti bersifat komersial.

“Saya rasa saya telah mengabaikan bahasa, jadi saya perlu gilap semula,” katanya semasa ditemui media di pejabatnya di sini. – Petikan Astro Awani

Daripada video terbaru Tommy Thomas, walaupun memang jelas dia hanya membaca di atas kertas yang telah disediakan tetapi cara pertuturan beliau dalam Bahasa Kebangsaan adalah amat baik. Munkin selepas ini beliau akan terus menggunakan bahasa kebangsaan untuk semua urusan rasmi negara. Apa pun tahniah Tommy Thomas kerana tidak menyerah dan ada usaha untuk berubah dan belajar. – KL VIRAL

Video Penuh Tommy Thomas Menggunakan Bahasa Melayu

SUMBER : KINI TV via KLViral

Ucapan Peguam Negara Tommy Thomas dalam bahasa Melayu menerima tepukan daripada hadirin yang hadir pada sambutan hari raya JALSOA (Judicial And Legal Service Officers’ Association) di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara, Putrajaya hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *