Hadiah atau beli? Firma tukang emas saman Rosmah RM60 juta

Seorang tukang emas borong dari Lubnan telah memfailkan saman RM59,831 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, Jun lalu berikutan 44 barangan kemas yang dihantar kepada Rosmah pada Februari tahun ini telah dirampas oleh polis pada Mei, lapor MalaysiaKini.

Dalam pernyataan tuntutan Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Beirut, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay, berkata, Rosmah merupakan pelanggan lama dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia termasuk kepada keluarga diraja.

Dakwa syarikat itu, seperti tahun-tahun sebelum ini, firmanya akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar oleh Rosmah sendiri ataupun oleh pihak ketiga. Barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Menurut syarikat itu lagi, Rosmah adakalanya akan meminjam barang kemas itu dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai yang turut disertakan dengan memorandum penyerahan yang menerangkan terma dan syarat bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.

Menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Februari 2018, Global Royalty telah menghantar 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satunya bernilai antara RM498,852 ke RM3,721,737.50. Malah dalam surat bertulis yang bertarikh 22 Mei, Rosmah mengakui menerima barangan berkenaan.

“Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia,” kata kenyataan tuntutan tersebut.

Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah kepada 44 unit barangan kemas yang dirampas polis dan memohon perintah mandatori agar barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif. Sekiranya tidak dapat dipulangkan, Rosmah perlu membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Difahamkan, kes tuntutan itu akan diadakan hari ini.

Mei lalu, polis menyerbu dan merampas pelbagai barangan mewah dan wang tunai dari dua unit kediaman yang mempunyai kaitan dengan Najib di Pavilion Residences, Kuala Lumpur. Bagaimanapun pada Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa dalam kes berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd.

Sumber: MalaysiaKini

K’jaan akan celah kes tukang emas Lubnan saman Rosmah
Kerajaan Persekutuan hari ini dijangka memohon kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untukmencelah dalam kes saman RM60 juta oleh sebuah firma tukang emas Lubnan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

Seorang sumber rapat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakinibahawa, wakil dari Jabatan Peguam Negara akan dihantar bagi kes berkenaan.

“Kerajaan percaya barangan kemas tersebut milik negara. Justeru, kami akan mencelah,” kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan memfailkan saman AS$14.79 juta (RM59.831 juta) terhadap isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu bulan lalu berhubung penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dan dirampas oleh polis pada Mei.

Dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, Global Royalty Trading SAL memfailkan saman berkenaan melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.

Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa Rosmah adalah pelanggan lama, dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga diraja.

Global Royalty mendakwa seperti pada tahun-tahun sebelumnya, firma itu akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga.

Firma itu berkata barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Global Royalty mendakwa bahawa ada kalanya, Rosmah akan meminjam barang kemas itu, dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.

Firma itu mendakwa bahawa memorandum penyerahan akan mengiringi hantaran atau konsainan barangan kemas, yang menerangkan terma dan syarat.

Rosmah akui terima barangan’

Global Royalty, menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Feb tahun ini, telah menghantar 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000.

Firma itu mendakwa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, mengakui menerima barangan berkenaan.

Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah 44 unit barangan kemas tersebut.

Firma itu juga memohon perintah mandatori supaya barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif, jika ia tidak dapat dipulangkan, Rosmah wajar membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.

Sumber : http://citemalaya.website/2018/07/10/hadiah-atau-beli-firma-tukang-emas-saman-rosmah-rm60-juta/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *