Ini Sebab Kenapa Perdana Menteri Tun Mahathir Ingin Pinjam Duit Dari Negara Jepun

Malaysia meminta Jepun untuk mempertimbangkan pemberian pinjaman mudah bagi membantu menangani masalah kewangan negara, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, permintaan itu dibuat ketika panggilan hormatnya kepada Perdana Menteri Shinzo Abe semalam, yang bersetuju untuk mengkaji permintaan itu.

Bagaimanapun, tiada jumlah tertentu dibincangkan.

“Saya mengingatkan beliau mengenai pinjaman mudah yang diberikan oleh Jepun ketika saya menjadi perdana menteri sebelum ini, di mana kadar faedah adalah 0.7 peratus, perlu dibayar lebih dari 40 tahun. Pada masa itu, ekonomi Jepun dan keadaan kewangannya sangat baik.

“Kali ini kami meminta mereka mempertimbangkan untuk memberi kredit Yen kepada Malaysia dan beliau berkata mereka akan mempertimbangkan,” katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, kredit Yen pada kadar faedah yang lebih rendah berpotensi digunakan untuk menamatkan sebahagian daripada pinjaman kos tinggi sedia ada, yang ada antaranya mempunyai kadar faedah setinggi 6.0 peratus.

“Dalam beberapa kes, kami memberikan komisen 10 peratus kepada mereka yang mengatur kredit. Jika kita meminjam RM100 juta, kita hanya mendapat RM90 juta (selepas ditolak komisen itu), tetapi kami masih membayar faedah berdasarkan pinjaman RM100 juta.

TUN Dr Mahathir Mohamad ketika sidang akhbar bersama wakil media tempatan bersempena lawatan kerja beliau selama tiga hari di Tokyo, hari ini. – Foto BERNAMA

“Ini bermakna kadar faedah naik dari 6.0 peratus kepada 7.0 atau 7.5 peratus. Ini menyebabkan kos pinjaman terlalu tinggi. Jika kita dapat mengurangkannya dengan meminjam dari sumber-sumber lain di mana kadar faedahnya lebih rendah, kita boleh melangsaikan pinjaman lama,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai temu bual di mana beliau dilaporkan berkata, projek Rel Kelajuan KL-Singapura (HSR) ditangguhkan dan tidak dibatalkan, Perdana Menteri berkata kerajaan perlu meneliti semula projek itu.

SUMBER : BHARIAN

“Jika kita kekurangan dana, kita boleh melambatkan pelaksanaan projek atau mengurangkan skop projek,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *