Walaupun kurang upaya namun mereka tekun berusaha untuk bekerja. Atas alasan apakah anda mahu berputus asa?

Orang kurang upaya seperti Encik Takei yang tidak mempunyai tangan dan kaki tetapi mampu berenang dan bermain bola keranjang dianggap sebagai adi wira. Ini kerana, mereka tidak menjadikan kekurangan diri mereka sebagai penghalang untuk berusaha melakukan sesuatu dan meneruskan kehidupan seperti orang normal yang lain.

Kebanyakan orang kurang upaya lebih bersikap positif dalam menghadapi sesuatu cabaran hidup berbanding orang normal yang sering berputus asa.

Lihatlah video ini. Kelihatan orang kurang upaya melakukan kerja-kerja di tapak pembinaan. Semuanya dilakukan demi mencari rezeki.

Mereka tidak menjadikan kekurangan diri mereka sebagai alasan untuk berputus asa. Mujurlah majikan memberi peluang sama rata kepada golongan kurang upaya seperti mereka untuk bekerja tambahan pula mereka tidak dibantu oleh pekerja lain.

Walaupun hakikatnya pasti mereka berasa sakit seperti kaki atau tangan melecet, namun mereka tetap meneruskan pekerjaan mereka.

Sumber: Era Baru

Semoga paparan ini akan membuka mata anda untuk menghargai apa yang anda miliki dan tidak mudah berputus asa. Jika anda selalu fikir sukarnya hidup anda, fikirkan sejenak bahawa ada orang lain yang lebih sukar hidupnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *