Tak Hadir Terima Anugerah! Ini Komen Neelofa Mengenai Fazura

Tak Hadir Terima Anugerah! Ini Komen Neelofa Mengenai Fazura

Semalam, berlabuh sudah tirai Anugerah Meletop Era bagi tahun 2018. Sekali lagi Neelofa merangkul gelaran Artis Top Top Meletop untuk tahun ini bagi ketegori wanita di samping penyanyi Khai Baharbagi kategori lelaki.

Bertanya mengenai persaingan merebut gelaran ini, Neelofa akui mengaku berdepan saingan sengit dengan Nur Fazura. Dipetik menerusia BH Online, Neelofa berkata, tidak mustahil Fazura meraih trofi utama itu.

Tak Hadir Terima Anugerah! Ini Komen Neelofa Mengenai Fazura

“Persaingan adalah satu realiti… Semua orang percaya dengan apa yang saya rasa. Fazura bukanlah nama asing dalam industri dengan anugerah yang dimenanginya, malam ini (tadi), saya rasa bukan sesuatu yang mustahil untuk dia meraih trofi utama.

Tidak Hadir Menerima Anugerah
Pada malam penuh glamour itu, Fazura diumumkan sebagai Bintang Filem Meletop dan dianggap antara persaing merebut anugerah utama, Top Top Meletop bagi kategori wanita yang dimenangi Neelofa. Namun Fazura tidak hadir pada malam penuh prestij itu dan mewakilkan pengurusnya, Iman Thang untuk menerima trofi di pentas.

BACA Kempen Boikot Neelofa Tular Di Media Sosial

Kalaulah Fazura merangkul gelaran utama ini, pasti tak lengkap acara ini kan?

Tak Hadir Terima Anugerah! Ini Komen Neelofa Mengenai Fazura

Sumber : manifesto.website

Selain trofi utama, Neelofa terus menungguli menerima banyak anugerah termasuklah Fesyen Meletop dan Pelakon Televisyen (TV) Meletop. Neelofa turut memaklumkan Kemenangan ini atas usaha peminat Indonesia yang memainkan peranan mewujudkan akaun khas yang dikendalikan peminat di Malaysia untuk mengundinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *