VIDEO 13 LAWAN 1 DI DALAM SEKOLAH MENENGAH.. PUNCA PERGADUHAN DIDEDAHKAN..

Saksi kejadian berkata terdapat selisihan faham di antara lelaki melayu dengan india. Ianya berpunca dari lelaki indai sedang melakukan u turn dan lelaki melayu terlanggar lalu terjadi kekecohan. Secara tiba-tiba sekumpulan lelaki india datang untuk memukul lelaki melayu tersebut.

Bermula dengan kejadian kejar mengejar di kawasan sekolah menengah banting. Lelaki melayu terpaksa melarikan diri untuk tujuan keselamatan.

Walau bagaimana pun beliau berjaya di tangkap di tengah padang sekolah tersebut. Orang di sekeliling hanya mampu menjerit supaya berhenti namun tidak di endahkan oleh sekumpulan lelaki itu.

Video Penuh di akhir artikel ini.

Suspek lelaki india di katakan sanggup menggunakan batu dan topi keledar sebagai senjata. Di lihat mangsa pukul berlumuran darah cedera teruk di bahagian kepala.

Saksi berkata, lelaki tersebut di pukul beramai-ramai sehingga lemah dan di leraikan oleh beberapa orang ramai yang ada di tempat kejadian.

Kejadian berlaku sepantas kilat dan orang ramai hanya dapat menolong selepas lelaki melayu tersebut dilihat seakan mahu rebah di tengah padang akibat dipukul kira-kira 10 -13 orang lelaki india.

Lokasi kejadian

Saksi di memuat naik rakaman video tersebut sebagai bukti. Kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana pelanggaran kecil dan ianya harus diselesaikan tanpa pergaduhan.

Kita tunggu dan lihat keputusan dan tindakan polis terhadap mangsa dan suspek.

Mungkin Suspek
Info Video Dan Gambar Dari : En Razak

Like Dan Share Info Ini. Lontarkan komen anda di bawah.

Update Terkini :
Polis tahan dua individu terlibat dalam pergaduhan di SMK Banting

KUALA LANGAT – Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki berusia 20-an di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banting, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pergaduhan tersebut mula tercetus kira-kira pukul 1.30 petang melibatkan dua kumpulan.

Beliau berkata, sebelum kejadian seorang lelaki berusia lingkungan 20-an telah terbabit dengan kemalangan dengan sebuah kereta dinaiki seorang lelaki berusia 31 tahun bersama seorang rakannya di hadapan sekolah berkenaan.

“Ketika sedang berbincang, berlaku perselisihan faham antara rakan pemandu kereta berkenaan dengan penunggang motosikal itu menyebabkan penunggang motosikal mengambil sebiji batu bata dan memukul kepala pemandu kereta itu sebelum melarikan diri ke dalam kawasan sekolah berkenaan.

“Berang dengan tindakan lelaki itu, rakan pemandu kereta berkenaan serta beberapa lagi individu yang kebetulan berada di tempat kejadian mengejar penunggang motosikal itu dan memukulnya dengan menggunakan topi kaledar, kayu dan batu,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Azizan berkata, susulan pergaduhan itu, pihaknya telah menahan dua lelaki termasuk pemandu kereta berusia 25 dan 31 tahun.

“Akibat pergaduhan itu juga, pemandu kereta terbabit sudah menerima sembilan jahitan di kepala, manakala penunggang motosikal itu yang juga cedera di beberapa bahagian badan belum membuat laporan polis.

“Usaha mengesan lelaki terbabit (penunggang motosikal) sedang dijalankan termasuk beberapa lagi individu yang dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan itu,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mengenali suspek supaya tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Rakaman video berkaitan kejadian terbabit telah tular di laman sosial Facebook sejak petang tadi.

Sumber : kosmo

Video berdurasi 46 saat itu memaparkan beberapa individu lelaki mengejar seorang lelaki sehingga ke tengah padang sebelum membelasahnya dengan objek dipercayai topi keledar sehingga mendatangkan kecederaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *