Ingatkan BF Aku Ni Lelaki Kunyit. Tetapi Rupa-Rupanya Lebih MENGEJUTKAN 

Nama aku Ima. Aku ada berkenalan dengan seorang lelaki hensem dari Brunei. Dia selalu datang Malaysia. Tapi pelik, waktu dating, mesti ada geng lembut kacau BF aku. Lepas 2 tahun akhirnya terkantoi juga sebenarnya dia bukan lelaki kunyit tetapi….

JATUH HATI DENGAN LELAKI

Izinkin aku memperkenalkan diri, nama aku ima, berusia lewat 20-an dan merupakan eksekutif di sebuah syarikat swasta di kuala lumpur.

Ingatkan BF Aku Ni Lelaki Kunyit. Tetapi Rupa-Rupanya Lebih MENGEJUTKAN 

Mulanya aku ingin terus melupakan kisah sedih ini, cuba menyibukkan diri dengan aktiviti-aktivi dan secara tidak langsung aku boleh melupakan dia. tetapi tidak pasti mengapa harini aku tidak boleh menipu diri aku, tidak boleh berlagak seperti seorang yang kuat menerima ujian ini.

Harini aku benar-benar teringatkannya, air mata tidak putus mengalir. Sedih, sakit hati, marah semua muncul saat ini.

Ceritanya begini, 2 tahun lepas aku berkenalan dengan seorang lelaki, di awal perkenalan kami, aku memang menanyakan statusnya. Sebab aku berpegang pada prinsip tidak akan memusnahkan hubungan orang lain. Aku sebagai perempuan cukup memahami perasaan perempuan lain, cukup faham sakitnya bila orang yang kita sayang di rampas oleh orang lain.

KATANYA DIA MASIH SINGLE

Dia beriya-iya megatakan yang dia single, katanya dia baru sahaja putus tunang. Ex tunangnya telah selamat berkahwin dengan lelaki lain. Masa itu aku bersimpati diatas nasibnya dan memintanya supaya bersabar. Dia mengatakan diusianya bukan masanya lagi untuk bermain bercinta.

Untuk pengetahuan umur kami tidak jauh beza, dia Cuma tua 3 tahun dari aku. Dia meminta supaya kami mengenal hati budi masing-masing terlebih dahulu, sekiranya ada keserasian barulah kami akan ke next step iaitu bertunang.

Hari demi hari aku jatuh sayang padanya, aku merasakan dia cukup sempurna buat aku. Dia bukanlah seorang sweet talker yang pandai bermain dengan ayat-ayat cinta.

Tapi dia seorang pendengar yang baik dan seorang yang supportive. Kami bercinta jarak jauh, dia bekerja di brunei dan aku di Kuala lumpur. Jadi kami tidak kerap berjumpa, beberapa kali sahaja setahun, itupun bila dia balik ke Malaysia. tapi setiap hari dia tidak pernah lupa untuk call ataupun text aku. Jadi perjalanan cinta kami lancar tanpa mengesyaki apa-apa.

Menguatkan lagi dia adalah single, dia juga pulang berhari raya di Malaysia seorang diri. Pernah sebulan dia cuti raya disini. Setiap kali hari raya dia akan balik seorang diri dan akulah orang yang mengambilnya di airport dan akulah juga orang yang awal-awal lagi book tiket bas untuk dia balik kerumah keluarganya di johor.

Maklumlah musim perayaan tiket selalu habis. Biasanya dia akan bermalam di KL satu malam pastu barulah dia balik ke johor. Jadi kalau ada orang kata biasanya orang dah berkahwin ni berkelakuan aneh, tapi honestly aku tak pernah jumpa anehnya di mana.

ADAKAH BF AKU NI GAY?

Sepanjang dua tahun kami berkenalan dan bercinta, tiada satu benda pun yang aku rasa was-was tentang statusnya. Tapi aku ada perasaan tidak sedap hati iaitu aku mengesyaki dia ‘gay’. Sebabnya dia pernah kena mengorat dengan lelaki dihadapan aku.

Masa itu kami tengah makan tengahari, tiba-tiba ada seorang lelaki lembut usha dia lain macam, dari dia berlegar-legar memilih makanan sampailah di meja makan. Dan lelaki tersebut juga memilih meja makan disebelah kami. Masa tu aku agak naif dengan geng ‘kunyit’ ni, jadi aku mulanya tidak perasan pandangan lelaki tersebut.

Masa makan tiba-tiba BF aku berbisik “ sayang, lelaki sebelah I tu gay. Dari tadi lagi duk usha I”. so, aku pandang lelaki tersebut, ya sah dia memang curi pandang bf aku. Situasi kedua berlaku di KL sentral, masa tu dia tengah tunggu aku, tetiba datang seorang lelaki menegurnya, menanyakan samada dia berseorang atau berteman.

BF aku mengatakan yang sedang tunggu tunangnya iaitu aku, lalu lelaki tersebut berlalu pergi dengan meninggalkan satu kad yang mencatat no telefonnya. Kad tu dah selamat aku buang dalam tong sampah. Gila punya gay. Selepas itu aku mengesyaki dia juga adalah seorang gay kerana aku pernah terbaca satu blog pengakuan gay yang biasanya mereka ada aura tersendiri dan mereka boleh detect kaum sejenis mereka.

AKU MASUK HOSPITAL

Pada pertengahan tahun ini, aku di sahkan ada slipped disc dan dialah orang yang sangat risaukan aku. Mengingatkan aku appointment dengan doctor, mengingatkan aku untuk physio dan mengingatkan aku untuk buat exercise untuk mengurangkan sakit tersebut. Selepas itu aku sekali lagi disahkan ada ketumbuhan dan memerlukan pembedahan.

Tarikh 10 october 2017 aku menjalani pembedahan. Di hari aku menjalani pembedahan, memang dia meminta maaf awal-awal lagi kerana dia tidak dapat menemani aku dihospital memandangkan dia sudah mengambil cuti untuk raya haji.

Selepas operation aku berehat di kampung, dia sendiri sudah maklum yang kampung aku line internet agak slow, dan dia meminta aku berehat secukupnya. Waktu itu memang aku betul-betul memanfaatkan MC aku dengan berehat.

KANTOI DI FB

Namun disaat sakitnya pembedahan masih terasa, tiba-tiba di tanggal 19 november 2017 aku dikejutkan dengan satu fb story dari adiknya. Video dia sedang mendukung bayi manakala wifenya sedang membelai-belai anak sulong mereka. Aku tergerak hati untuk pm adiknya menanyakan siapa perempuan dan anak tersebut.

Tapi adiknya Cuma ‘seen’ tanpa menjawab pertanyaan aku. Malam itu, aku sendiri menanyakannya dengan menunjuk video tersebut. Dia siap bersumpah yang perempuan dan anak tersebut bukan isteri dan anaknya, malah katanya perempuan tersebut anak unclenya yang datang ke brunei kerana ada majlis saudara mereka disana.

ISTERINYA MULA “MENYERANG”

Sampai hatinya. Jadi tuhan maha adil, esoknya isterinya DM di Intagram, segalanya-galanya terbongkar pada hari tersebut. Dia juga turutcall aku meminta maaf dan mengaku dia telah menipu aku selama ini. masa tu, tuhan saja yang tahu sakitnya perasaan aku, aku tidak pernah diuji seteruk ini.

Dia juga merayu aku supaya aku memujuk isterinya dengan memberitahu sebenarnya kami jarang berhubung. Tapi aku minta maaf,aku tidak boleh menipu yang kami jarang berhubung, sebab itu adalah sesuatu yang tidak benar. Dia mengatakan yang dia sayangkan anak-anaknya. Mengikut apa yang diceritakannya, isterinya akan mengambil tindakan terhadapnya.

Perkara yang sama juga diakui isterinya sendiri kepada aku. Iserinya lawyer, sudah tentu dia lebih arif tentang hak keatas dirinya. Tapi sebelum aku mengundur diri, aku meminta isterinya kembali kepada dia, dan aku berjanji tidak akan menghubungi suaminya lagi. Aku redha dengan perpisahan ini, tapi aku memang tidak kuat untuk lupakannya.

Justeru kepada lelaki diluar sana, kalaupun anda ada masalah dengan isteri anda, tolong jangan cari perempuan lain. Cubalah selesaikan conflict anda dahulu. Jangan ciptakan masalah baru dengan menghancurkan perasaan perempuan lain. kami bukan tempat anda singgah untuk mencari ketenangan sementara.

Sumber: Bicara Islam via IIUM

Kami ada hati dan perasaan. Carilah Allah,dan mengadulah masalah kamu tersebut kepadanya. Insyaallah akan ada jalan keluar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *