`Kembali kepada al-Quran’

`Kembali kepada al-Quran’

KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim mengakui pernah berputus asa untuk meneruskan kehidupan disebabkan peristiwa hitam yang berlaku kepadanya sekitar tahun 2008 dan 2009.

Berasakan dirinya sangat kerdil ketika itu, bapa kepada lima cahaya mata itu melangkah ke masjid dan menangis sehingga ditegur oleh seorang jemaah.

Jemaah itu kemudian menasihatkannya supaya kembali kepada al-Quran.

“Masjid Nurul Hidayah di Kampung Pandan menjadi rumah kedua saya ketika itu.

“Saya masih ingat, jemaah itu meminta saya mengamalkan ayat al-Quran yang bermaksud ‘Ya Allah kau angkatlah diri hambamu ini setaraf dengan darjat al-Quran’,” katanya.

Beliau berkongsi kisah itu pada majlis prapelancaran #QuranHour dan Sinergi Media Malaysia, di sini, hari ini.

Suami kepada pelakon Memey Suhaiza itu berkata, mendengar perkataan al-Quran saja sudah membuat dirinya ‘cair’ kerana segala jawapan bagi setiap masalah ada di dalamnya.

“Saya akui pernah melalui zaman yang agak ‘silam’ tetapi bersyukur kerana masih diberi peluang untuk kembali ke jalan yang diredai.

“Dulu, saya seakan terpaksa untuk melakukan solat sunat tetapi kini, daripada terpaksa ia menjadi ‘rindu’ jika tidak dilakukan,” katanya.

Selain itu, Norman berkata acara itu adalah menjadi platform terbaik untuk umat Islam untuk bersama-sama hadir memperbetulkan bacaan dan menilai keindahan tersembunyi di sebalik al-Quran.

“Kalau kita tahu hari ini adalah hari terakhir kita hidup di muka bumi ini, kita akan bertaubat dan bekerja keras untuk hari akhirat serta mendapatkan syafaat Rasulullah SAW,” katanya.

Norman turut mengajak bekas pelakon dan artis wanita yang sudah berhijrah untuk menyertai acara berkenaan.

Sumber

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! II

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *