Gadis Kecil Ini Digigit oleh Alligator Ganas, Tak Sangka Di Saat Kritikal, Dia Melakukan ‘Idea Gila’ Ini Yg Menyelamatkan Nyawanya !!! 

Di perairan tenggara Amerika Syarikat terdapat banyak sekali aligator ataupun buaya yang dapat menyerang mangsa terutamanya manusia secara tiba-tiba.

Menurut berita bertarikh 3 Oktober 2017, dilaporkan kaki seorang gadis berusia 10 tahun digigit oleh seekor aligator.

Dia menjerit dengan kuat, namun aligator tersebut tidak mahu melepaskan gigitannya. Dalam keadaan darurat ini, dia berfikir tentang satu idea gila yang ternyata idea gilanya itu telah menyelamatkan nyawanya sendiri.

Kejadian Awal

Musim panas di Florida sangatlah panas terik, orang-orang disana kebiasaanya akan memanfaatkan musim panas ini dengan minum air kelapa, berjemur atau bahkan terjun berenang ke dalam sungai dan sebagainya.

Menurut berita NBC, kejadian ini berlaku pada tanggal 6 Mei 2017. Ketika kejadian itu, gadis 10 tahun ini (Juliana Ossa) pergi bersama ibunya ke suatu tasik di Moss Park, Orlando.

Mereka bercadang untuk menghabiskan cuti musim panas. Hinggakan mereka tidak menghiraukan kewujudan aligator di dalam tasik tersebut.

Kerana tasik ini tidak terlalu dalam dan juga di sekitarnya di pagari tembok agar haiwan liar tidak masuk, jadi, ibunya mengizinkan Juliana untuk bermain didalam tasik tersebut.

Tidak lama kemudian, ketika ibunya sedang asyik bersembang, dia mendengar Juliana berteriak, kaki kirinya digigit oleh seekor aligator!

“Aku mencuba utnutk memukul dahi aligator tersebut, tetapi cara ini tidak berkesan untuk terlepas dari gigitan, aligator itu terus menggigit tidak mahu melepaskan gigitannya.

Tiba-tiba, dalam keadaan cemas itu, aku terfikir satu cara yang diajarkan ketika di taman peliharaan aligator dulu.” Juliana menjawab, dia sedikit gugup awalnya namun, perlahan dia akhirnya tenang.

Gadis yang berani ini mengajarkan cara menyelamatkan diri dari gigitan aligator tersebut ketika nyawanya terancam.

“Aku meletakkan dua jari di lubang hidungnya sehingga aligator susah untuk bernafas, jadi ia pun melepaskan gigitannya.

Aku pun segera mengangkat kakiku keluar dari tasik tersebut.” Juliana berkata, cara ini adalah cara mudah yang dapat dilakukan kerana aligator hanya memiliki mulut untuk menyerang.

Saat dia memasukkan dua jari ke dalam hidungnya, aligator mahu tidak mahu harus melepaskan gigitannya. Saat ini lah adalah kesempatan anda untuk lolos. Kedengaran idea ini seperti lawak namun itu hakikat yang terjadi.

Melihat anak saudaranya itu digigit oleh aligator, pak ciknya (Steven Rodriguez) segera menarik Juliana ke daratan. “Aku segera menyeretnya ke atas dan membaringkannya sambil memeriksa keadaan kakinya yang berdarah.”

Kevin Brito adalah orang pertama yang membantu menghentikan pendarahan di kaki Juliana. Juliana sangat tenang. “Dia adalah gadis kecil yang kuat.”

Ambulans pun tiba dan Juliana segera dibawa ke hospital Nemours untuk mendapatkan rawatan. Doktor menemui bahagian antara lutut dan paha juliana ada sedikit luka robekkan. Namun, luka ini akan sembuh setelah mendapat beberapa rawatan.

Juliana sangat kuat dan optimis di hospital. Dia berharap orang dewasa dan kanak-kanak memahami ceritanya kerana cara dia melawan aligator ini sangat bermanfaat.

Video Gadis Berkenaan :

Aligator itu kemudian ditarik ke daratan dan panjang aligator tersebut adalah 2.74 meter. Pegawai perikanan segera melakukan euthanasia atau suntikan maut terhadap aligator tersebut.

Dan mereka juga memastikan bahawa di tasik tersebut sudah tidak ada aligator lagi kemudian barulah mereka membuka kembali taman rekriasi itu.

Ramai orang yang memuji akan keberanian Juliana untuk melawan aligator tersebut dengan idea yang dapat menyelamatkan nyawanya.

Dalam wawancara ABC News dengan pekerja taman aligator, Donald Aldarelli, menurutnya selain hidung, menusukkan jari ke mata aligator juga memberi kesan yang sama. Menurutnya juga keberanian Juliana patut dijadikan contoh dan dihargai.

Sumberepochtimes

Kredit

Ibu bapa Juliana juga sangat bersyukur anaknya masih diberikan keselamatan dan berakhir dengan semuanya selamat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *