Dengarlah Suami! Ada Sebab Kenapa Isterimu Tak Lagi Seramping Dulu, Sembab Matanya, Hilang Cantik Wajahnya – Fedtri Yahya.

Dengarlah Suami! Ada Sebab Kenapa Isterimu Tak Lagi Seramping Dulu, Sembab Matanya, Hilang Cantik Wajahnya – Fedtri Yahya.

Dedikasi seorang isteri pada suami dan anak-anak kalau dicatatkan satu persatu, 10 hari 10 malam memang takkan habis. Dari saat mengandung, menempuh alahan mengandung, sampai melahirkan membesarkan anak-anak semua itu pengorbanan terbesar seorang wanita bernama isteri. Tapi isteri yang mewarisi sifat bidadari syurga takkan mengeluh.

Bila cantiknya hilang, dia terima. Sebab terasa lebih cantik semasa dikelilingi anak-anak dan suaminya. Suami juga kenalah memahami keadaan isteri. Jangan mengkondem bila isteri tak lagi cantik. Sebab itulah kena baca apa pesanan pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya ini.

Isteri Tak Lagi Secantik Bidadari

Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut.

Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & nafsu suami teruji.

Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.

Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.

Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi nafsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.

Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.. mengapa? Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.

Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana nafsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.

Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.

Tundukkan Nafsu Jahat

Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.

Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, “Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.” (HR. Tirmidzi)

Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan.

Lebih payah kita meninggalkan hal yang nafsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan nafsu jahat itu.

Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.

Dengarlah Suami! Ada Sebab Kenapa Isterimu Tak Lagi Seramping Dulu, Sembab Matanya, Hilang Cantik Wajahnya – Fedtri Yahya.

Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.

Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku.

Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?

Sumber/Foto : Fanpage Fedtri Yahya

Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *